Khamis, 7 Februari 2013

So Sweet~


Listen! listen! listen! #please understand and practice also... :P

Sebelum masuk kepada tajuk, perlunya kita termasuk diri sendiri ini mengimbas semula matlamat kita diciptakan.

Chicken has problem, cow has problem..but the jaws has the biggest problem(#phrasa ini hanya gurauan..hehe)

Matlamat gelas dicipta untuk memudahkan kita minum air,, kereta dicipta untuk memudahkan perjalanan, jika gelas diguna untuk dibaling,,maka pecahlah ia, jika kereta diguna untuk tempat makan sahaja,,membazirlah ia... masyarakat semestinya sedar fungsi-fungsi alat tersebut, tapi masyarakat selalu lupa fungsi manusia diciptakan....(blh cari di buku-buku,blog atau kuliah..huhu)..secara generalnya, sebagai hamba untuk beribadat kepada Allah dan sebagai khalifah di muka bumi.
Pentingnya jelas matlamat,, baru rase pentingnya kemanisan Iman.

-MASUK TAJUK-

Kebanyakan orang pernah rase manisnya madu,,manisnya gula,,manisnya tebu,, tapi tidak ramai mampu merasa manisnya IMAN! ia tidak boleh dibeli dengan duit atau emas..
mengikut hadis Rasulullah s.a.w., ada 3 tanda seseorang itu mendapat kemanisan iman.

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

1. Cinta Allah dan Rasul melebihi segala-galanya

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ»
Nabi SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dikasihi oleh kamu berbanding dengan anak-anak, kedua ibu bapa dan manusia yang lainnya.”


Maksudnya:“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”(at-Taubah:24)

Saidina ‘Umar pernah berkata kepada Nabi SAW: “Aku mengasihi kamu melebihi kasih aku terhadap segala perkara kecuali (aku lebih mengasihi) diri aku sendiri.” Lalu Nabi SAW berkata kepada beliau: “Tidak, wahai ‘Umar, sehinggalah aku dikasihi oleh kamu lebih daripada dirimu sendiri.”. Maka ‘Umar berkata: “Demi Allah, mulai sekarang, kamu lebih aku kasihi daripada diriku sendiri.” Nabi SAW menyapa: “Sekarang juga wahai ‘Umar.”
Kita tidak dihalang untuk mencintai makhluk, tetapi cinta Allah dan Rasul mesti menjadi keutamaan. ada satu kisah sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Saidina Umar al-khattab yang bergurau dengan nabi, "aku mencintai engkau melebihi segala-galanya kecuali diriku sendiri"

Mengikut kata-kata ulama, salah satu tanda cinta ialah kita selalu menyebut sesuatu yang dicintai itu. Analoginya, jika kita mencintai seseorang, kita seronok menyebut namanya. Kisah yang saya dengar dari ustaz lagi dasyat, kisahnya mereka belajar di oversea, al-kisah ustaz ini terdengar sahabatnya seakan-akan berzikir, tapi pelik bunyinya,"mah.mah.mah",untuk dapatkan kepastian,ustaz tersebut tanya sahabatnya,"mu ni belajor tarekat ke?",rupanya yang dia sebut ulang-ulang kali tu nama isterinya,katanya dapat melegakan kerinduan yang amat walaupun sebut namanya berulang kali.
Kos panggilan oversea memang mahal ketika itu.jadi,sahabat ustaz itu hanya menyebut nama isterinya untuk hilangkan kerinduan. Tengok!!terbukti sudah~hehe.. muhasabah diri kita semula,berapa kali kita sebut nama Allah atau Rasul dalam sehari???

2. Cintai seseorang semata-mata kerana Allah S.W.T.

"tidak sempurna iman seseorang itu selagimana dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.'-hadis ke13 dalam kitab Hadis 40 Imam Nawawi.

Mengikut hadis lain, salah satu golongan yang dinaungi Allah di hari kiamat adalah 'Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah'.

Ada orang mencintai seseorang kerana rupanya yang cantik,harta atau kemewahan tapi kelama-lamaan kecintaanya hilang dengan hilangnya kecantikan, harta atau kemewahan. jadi,cintailah kerana Allah kerana Allah tidak akan hilang. manis kan? :)

3. Benci kembali kepada kekufuran(maksiat)

jika dah terasa kemanisan iman, tentu sanggup melalui kesusahan untuk mempertahankan imannya. semenjak kebelakangan ini, ramai artis-artis berhijrah ke jalan yang lagi baik dan istiqamah di jalan dakwah, mungkin mereka dah merasai manisnya iman. bagaimana kita?


Semoga kita menjadi mendapat kemanisan iman sebagaimana para ulama,mujahid-mujahid yang istiqamah di medan perjuangan.

#sekadar perkongsian dari kuliah di surau....ingatan untuk diri dan sahabat. (^_^)v senyum,xperlu kata apa-apa~

Isnin, 4 Februari 2013

What u give,u will get back



-Intro-

Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka Mereka menjawab: "Kebaikan". Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.(AN-Nahl:30)

                     Alhamdulillah sempat mendengar dari Ustaz Alauddin tafsir surah an-nahl' , jelas menunjukkan perbezaan orang musyrik dan orang beriman dan balasan yang diterima.


Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Apakah yang diturunkan oleh Tuhan kamu (kepada Nabi Muhammad)?" Mereka menjawab: "Cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".(Mereka dibiarkan menuduh dengan yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu.Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap ugama Allah dan Rasul-rasulNya) maka Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka, dan mereka pula di datangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya..Kemudian pada hari kiamat, Allah menghinakan mereka (dengan azab seksa) sambil bertanya: "Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu berperi-peri memusuhi (Nabi-nabi dan orang- orang yang beriman) untuk membela mereka?" (Pada ketika itu) berkatalah orang-orang yang beroleh ilmu pengetahuan: "Sesungguhnya kehinaan hari ini dan azab seksa, adalah tertimpa kepada orang-orang yang kafir -(an-Nahl':24-27)


                     Bukan inginku tafsir ayat ini, tapi antara pengajaran yang kita boleh ambil ialah, setiap apa yang kita fikir,kita bertindak, balasannya akan kembali kepada kita. Tidak di dapat di dunia ini,dapat juga di akhirat kelak.

Bab 1-What u give,u will get back 

                   "Kalau aku ada duit,dah tentu markah aku lagi tinggi dari dia!"-Monolog dalaman Hakim.



Ting,ting,ting! Duit syiling Hakim jatuh ke lantai apabila dia cuba menyelongkar poketnya untuk mengeluarkan duit untuk membeli makanan di cafe.
 "Ha..ha..ha..duit syiling jatuh pon kutip ke bro!!"ketawa si Razif setelah melihat kejadian tersebut. Hakim biarkan jenaka si Razif walhal hatinya memberontak menahan marah. Razif memang cukup dikenali dengan kegeniusannya di dalam akademik biarpun sahsiahnya nakal. Dia berasal dari keluarga yang berada dan tidak pernah merasa kesusahan golongan yang tidak setaraf dengannya.

Umar menepuk bahu Hakim untuk menenangkan hati sahabatnya. Mereka mengambil tempat untuk menjamu sarapan yang ringkas.

Bilik A103,Blok Pluto

"Hakim, jom studi!!"semangat Umar mengajak Hakim belajar bersama.

"Relax la, exam lambat lagi, jum DOTA!"seloroh Hakim dengan gelak kecil. Umar sudah banyak kali menegur sikap Hakim, tapi tidak dipedulikannya. Umar kembali ke mejanya untuk menelaah pelajaran.

Seminggu sebelum peperiksaan

Umar fokus mengulang kaji nota-nota yang telah dibuatnya sebelum ini. Baginya, masa amatlah berharga. Pengajaran dari surah al-Asr tersemat di hati,

1.Demi masa 2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

Sekali-sekala dia menjenguk sahabatnya Hakim yang masih dengan dunianya.

"Buat apa belajar banyak-banyak, result sama je dengan tak belajar, baik aku belajar malam exam"desis Hakim.

Razif pula mengikuti kelas tuisyen dengan duit tanggungan bapanya. Walaupun dia agak nakal, kelas tuisyennya memang tidak pernah ditinggal.

Dewan Peperiksaan

"Habislah aku, macam mana nak jawab nanti.. Hentam ajelah!" Bisik Hakim. Hakim menjawab dengan sesuka hati. Mengisi kekosongan dengan apa  saja yang terlintas di benak fikiran. Seusai menjawab, dirinya terasa bebas bak terlepas dari penjara selama seminggu. "Asalkan lulus,ok la!"

12/12/12

Keputusan peperiksaan terbentang di atas papan kenyataan. "Hoorayy!! aku dapat keputusan antara yang tertinggi" keputusan Razif di bawah sedikit daripada Umar.

"Alhamdulillah, Allah bagi yang terbaik untuk aku" Umar mengucap syukur atas keputusan yang diterima. Dia  memang redha dengan keputusan diterima dan gembira kerana telah buat yang terbaik. Umar mencari-cari sahabatnya untuk bertanya berita. Tiada bersama kumpulan pelajar yang sibuk bercerita tentang keputusan peperiksaan. Di hujung blok asrama kelihatan kelibat Hakim yang sedang duduk di tepi longkang. Umar mendekati sahabatnya. Sejauh yang Hakim usahakan, begitulah keputusan yang diterimanya. Penyesalan amat terasa kerana tiadanya usaha. Terngiang kata-kata yang pernah diungkap oleh Umar, "Tidak bodoh orang yang mendapat keputusan yang tidak seberapa,tapi amat tidak bijak orang yang tidak berusaha bersungguh-sungguh".

"Kalau aku ada duit,dah tentu markah aku lagi tinggi dari dia!"desus hati Hakim melihat Razif yang bersorak kegembiraan.

Umar tiba-tiba bersuara,"Hakim, peluang sentiasa ada. Kita boleh pilih antara mahu atau tidak. Tidak kira kita miskin atau kaya, jalan  penyelesaian sentiasa terbuka selagi kita berusaha mencari."

Tersentap Hakim seolah-olah Umar mendengar kata-kata hatinya.

"WHAT U GIVE, U GET BACK"




Ahad, 27 Januari 2013

Mukmin Kuat!

Orang yang mengatakan diri tiada masalah sebenarnya amat bermasalah.

Orang yang merintih dengan masalah menimbulkan lagi banyak masalah.

Tiada Masalah Selagi Tiada Masalah.

Masalah bukan satu masalah, Ia adalah untuk diselesaikan!!


Kasihnya Allah,
     1 Masalah yang ada, adanya juga 1000 cara penyelesaian. Tapi,,yang mana lagi kita  cenderung? Masalah atau Penyelesaian? Ketahuilah jika kita banyak merungut, cepat stress, pemikiran lebih negatif mungkin adalah tanda-tanda kita cenderung kepada masalah. 
Dalam kajian Law of Attraction ada menyebut,,"what u give,u will get back". Pemikiran dan segala tindak tanduk yang kita lakukan akan kembali kepada kita. Kita bagi negatif, hasil negatif yang akan kembali kepada kita.




Islam menggalakkan kita bermesyuwarah dan istikharah dalam mencari keputusan dan petunjuk,bukan merintih dengan masalah yang ada.(Kita biasa gune mase nak berbaitul je,,huhu)

Ujian ini Allah yang beri,,kenapa bukan kepadaNya kita memohon petunjuk. Analoginya, jika kita kenal penggubal kertas exam,,kita akan cuba minta tip2 untuk jawab soalan tu,betul kan?.

Dengarlah!!
Seorang Pemuda yang ditarbiah mampu dimotivasi tanpa perlu pemotivasi....


“Dan janganlah kamu merasa lemah(dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita(terhadap apa yang menimpa kamu),padahal kamulah orang-orang yang tertinggi(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang(sungguh-sungguh) beriman.”(Ali ‘Imran: 139)

Khamis, 3 Januari 2013

Tajuk boleh difikir sendiri... :)


“Dan janganlah kamu merasa lemah(dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita(terhadap apa yang menimpa kamu),padahal kamulah orang-orang yang tertinggi(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang(sungguh-sungguh) beriman.”(Ali ‘Imran: 139)

 Cuba fahami dulu cerita ini,


‘ aku mahu berubah!!! Monolog dalaman Mushaimi.’

BAB 1 OH JIKA AKU…

Satu susuk yang sederhana tinggi berpakaian serba hitam mendahagakan motivasi menghadiri satu program motivasi yang disampaikan oleh panel  berpangkat Dato’ yang agak terkenal di muka bumi Malaya.
“Perkara pertama yang perlu kita tanam dalam diri kita adalah matlamat kena jelas! Dengan matlamat yang jelas, kita akan tahu ke mana arah tuju kita. Buat rangka perancangan untuk jangka masa panjang dan jangka masa pendek.” Pesan Dato’ Hazwan dengan  penuh semangat  sehingga menusuk ke kalbu Mushaimi.

Mushaimi menunggang pulang ke Blok Ar-ruhul Jaddid dengan tekad dan azam yang baru. Notanya yang tersimpan kemas di dalam laci meja kayu dikeluarkan untuk mengapplikasi ilmu yang baru diperolehinya. Macam-macam dirancang untuk dicapai menjelang tahun baru 2013 membentuk Mind Map yang berlikar-likar. Rakannya sebiliknya, Muizzudin terpegun melihat perubahan yang mendadak yang terjadi ke atas rakannya itu. “Wei, apasal ko tiba-tiba rajin ni? Aku baru nak ajak gi lepak kat Mines” perli Muiz. Mushaimi hanya mencebikkan bibirnya tidak mahu melayan. “Jom la gi Mines, nanti boleh sambung keje ko tu malam nanti!” desak Muiz supaya Mushaimi menurutnya.

Mushaimi tewas dengan pujukan rakannya itu. “Ha’a la…malam nanti xde apa-apa aktiviti,baik aku lepak dulu” Mushaimi bermonolog.

“Jom Mines!!”

“x rugi aku lepak sana tadi. Best gile. Hilang stress” Fikir Mushaimi dalam perjalanan pulang ke Blok Ar-Ruhul Jaddid. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 2100. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi cengkerik tanda menerima pesanan SMS. Mushaimi melihat kepada paparan skrin.’2 SMS belum dibaca’.

‘MALAM INI JAM 10 ADA MUSYAWARAH PENTING DI PERPUSTAKAAN, WAJIB HADIR TANPA GAGAL-Setiausaha Persatuan Mahasiswa Cakna.’

‘oit,,mananya poster yang ko kata nak antar ari ni?-Bani.'

Tersentap Mushaimi. Stressnya kembali menguasai otaknya. Keliru dirinya mahu membuat keputusan di antara mahu menghadiri musyawarah atau meluangkan masa untuk diri sendiri. Tekanan membuatkan otaknya terasa berat ditambah dengan hasutan hawa nafsu yang menginginkan hiburan. Akhirnya, dirinya tewas dengan hawa nafsu. Maka, terlentanglah dia di atas tilam malas memikir apa-apa lagi.
Akhirnya, hari ke hari, minggu ke minggu, berlalu dengan tiada perubahan pada diri. Hidupnya berlalu dengan sekejap seronok tetapi tidak sekejap pula stressnya…Fikirnya dalam diri, ‘siapa aku patut salahkan?’……

SAMBUNG SENDIRI PENYUDAHANNYA…hoho
Kaitkan dengan situasi diri…ada persamaan atau tidak?? BUAT KESIMPULAN SENDIRI~ J


“Daripada Ibnu Umar r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. telah memegang bahuku lalu bersabda: “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau yang melintas sebuah jalan”. Selanjutnya Ibnu Umar sendiri pula berkata: “Bila engkau berada di petang hari, janganlah engkau menanti sehingga pagi; dan bila engkau berada di pagi hari, janganlah engkau menanti hingga datangnya petang. Manfaatkanlah waktu sihatmu untuk masa sakitmu dan waktu hidupmu untuk bekal kematianmu.”




Selasa, 24 Julai 2012

Go!!go!! Malaysia!! v(^_^)v

Bismillahirrahmannirahim....



Firman Allah S.W.T :

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”


(Surah Al-Baqarah: 183)


Sebagaimana dalil al-Quran di atas,,telah menjadi satu kewajipan untuk kita menunaikan fardhu puasa ketika tibanya bulan Ramadhan untuk mencapai ijazah taqwa. 

Indahnya Islam; memahami fitrah manusia,,menyediakan jalan bagi setiap kesusahan..... sebegitu juga kewajipan berpuasa,,ada rukhsahnya....tapi alangkah hebatnya orang yang mampu berpuasa di saat menempuh kesusahan....(boleh rujuk tentang peristiwa puasa Zama' al-Wajir)

Puasa tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menjadi terbaik malahan puasa yang baik adalah pendorong menjadi terbaik!

Ustazku pernah bercerita;pengalaman pelajar yang rajin puasa,,baginya ketika berpuasa lagi senang nak menghafal berbanding waktu-waktu lain... Kalau kita rujuk sirah juga,, perang Badar yang dimenangi umat Islam juga berlaku pada bulan Ramadhan.Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah,  Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.


Merujuk kepada isu sukan Olimpik yang akan berlansung di bulan puasa ini,, ada yang berpendapat atlet-atlet dibenarkan berbuka, dan ada juga yang berpendapat tidak dibenarkan atas sebab-sebab tertentu...Pendapat saya pula,,jikalau tujuan sukan Olimpik itu benar-benar untuk tujuan yang baik,,ia dibenarkan..tapi saya bukanlah orang yang berhak dan fakih dalam menentukan hukum. Bagi saya,,guna saja ijtihad-ijtihad ulama'.

 Secara Hakikat,,hukum mutlak hanya milik Allah... 


A'la kullihal...kami cukup BANGGA jika atlet Malaysia berjaya memungut pingat walaupun berpuasa...kami yakin ia mampu menonjolkan imej individu tersebut dan mampu menghilangkan persepsi buruk sesetengah masyarakat terhadap orang yang berpuasa.. 

Kami mendoakan agar Malaysia terus dilimpahi rahmat dan diberkati Allah.... Semoga berjaya Malaysia! 

Pesanan kepada semua khususnya mahasiswa,, 
Ramadhan merupakan satu Kem Tarbiah yang terbaik,,,tingkatkanlah ibadat dan amal-amal dengan harapan Taqwa kita pada Allah meningkat...seterusnya menggapai REDHA dan CINTANYA....

KAMI CARI REDHA ALLAH!! =)




                                                                   Nurhakim
                                                              Exco Sukan dan Kebudayaan PMIUPM
                                                              Exco Kerohanian PAKAT UPM


Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak....





Selamat Menyambut Bulan Ramadhan <3 ....Ampun Maaf Segala Salah Silap....Moga Mendapat Keredhaan Allah dan Mendapat Nilai Tambah melalui KEM TARBIAH ini...... :)

Isnin, 16 Julai 2012

Misi Kemanusiaan Ke Kemboja

Bismillahirrahmannirahim....
Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah pada 14 Julai 2012, mula menjalankan misi kemanusiaan di Kg Cham, Kemboja bersama Persatuan Mahasiswa Islam UPM.

14 Julai 2012
Jam 4.45 pagi,sebelum bertolak di LCCT

Kapal Terbang berlepas jam 6.00pagi....Air Asia menjadi pilihan


Muka First Time naik flight.... :PP

Sayap Kapal Terbang...hohoho...


Kami tiba di Lapangan Terbang Phnom Penh jam 7.40 pg waktu Kemboja....



Dalam perjalanan menuju ke lokasi misi bantuan, kami singgah  di money changer,  terlihat kanak-kanak  Kemboja  menunggu dan mendekati kami, merayu meminta sedekah. Sedih~ :'( ..kecik2 dah diajar merayu mitak duit..



Agihan bantuan di Kg.Sendile,Kg.Cham,Kemboja. Kanak-kanak berebut menerima bantuan. Tempat agihan ialah di Surau AsSabirin.  

Hari ke-2



Pesona pagi di pinggir Sg.Mekong,berhadapan tempat penginapan
Lokasi ke-2, lawatan ke Madrasah al-Ibtidiyyah,Kg.Rakapopram baru.
Lokasi ke-3, Sekolah yang dalam proses pembinaan sumbangan rakyat Malaysia di  Kg.Rakapopram lama.

Setakat ini misi kemanusiaan Kemboja kali ini.insyaAllah akan kembali ke sana semula.....Sungguh,, kita perlu muhasabah diri kita....apakah kita merasa selesa dalam dunia sendiri....apakah kita kenal erti bersyukur.... Rakyat islam di sana amat hidup dalam serba kekurangan....

17 Julai 2012......bertolak pulang ke tanah air......



Sampingan...... ^_^
Membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang
Kenderaan awam utama Kemboja; Tuk Tuk...cool~huhu
Posing di Sg.Mekong.... :)

Lawatan ke Muzium.......sejarah gelap Kemboja,, rakyat diseksa dan dibunuh dengan kejam di  bawah pemerintahan  Pol Pot...... sungguh mengayat hati,,rakyat sendiri menyeksa rakyat sendiri......





                                                    Nurhakim.....(^_^)v









Khamis, 28 Jun 2012

Di mana harus ku mula....


Saya melihat kerosakan umat ini,

saya cuba memperbaikinya,

namun tidak mampu,

lalu saya cuba memperbaiki masyarakat setempat.

Setelah waktu dilalui,

masih banyak yang kurang,

menyebabkan saya beralih kepada penduduk setempat untuk memperbaikinya,
namun tidak banyak juga yang dapat diikhtiakan.

Akhirnya saya memulakan dengan keluarga.

Barulah saya memahami bahawa perubahan harus bermula daripada diri sendiri nescaya berubahlah keadaan sekeliling....

(Words from Facebook)




Sabtu, 2 Jun 2012

CINTA





"Tidakkah kamu malu kerana memohon keredhaan Allah sedangkan kamu belum melaksanakan amalan diredhaiNya?"


"Bagaimana mungkin kita sebagai hamba mengharapkan redha Allah selagi mana kita masih mengeluh dan tidak redha dengan ujian daripada Allah. Apa yang terjadi itu adalah kehendak Allah,apakah kita sebagai hambaNya patut berkeluh kesah terhadap Qada' dan QadarNya"
                                                                                                                               

-Rabiatul Adawiyah




Tanda kita cinta pada sesuatu ialah kita akan terasa ingin selalu bercakap tentangnya..
     Kalau kita cinta Allah,,kita akan ingin selalu bercakap tentang keagungan  Allah......


Analoginya,, jika kita mencinta seseorang,, kita terasa selalu nak bercerita tentangnya.....
       Contoh lagi; Jika kita suka menonton perlawanan bola,,kita akan suka untuk bercerita tentang bola....
                                                                                                                       -Amirul Rahman


Orang yang faham dan jelas niatnya untuk mencari CINTA yang hakiki ini,, ujian baginya tanda Allah ingat dirinya,, x akan puas berusaha mencapainya,, akan sentiasa tenang dan sentiasa bahagia.... Menangisnya kerana Allah, Marahnya kerana Allah, Malunya kerana Allah, Hidup dan Matinya kerana Allah.....Allahurabbi...


Wali-wali Allah....x meminta pon untuk menjadi wali.....x meminta untuk dapat karamah...tapi mereka dikurniakan makam yang tinggi kerana tingginya Cinta pada Allah.....

Jadi,letaklah keutamaan kita untuk mencari cintaNya....

"Manusia yang masih ada ingatan berkenaan ujian Allah pada diri mereka , bukanlah seorang muslim yang baik. Yang terbaik adalah apabila diri mereka ditimpa musibah maka mereka lupa segala-galanya. Bagaikan wanita-wanita yang terhiris jari-jemarinya saat terpandang Nabi Yusuf a.s."

wallahua'lam.... senyum~ ^_^





Jumaat, 11 Mei 2012




Cantik sugguh pulau Redang,
Orang yang pandang rasa ketenangan,
Makhluk-makhluk zikir panjang,
Inilah hebatnya kuasa Tuhan.... ^_^

Jumaat, 17 Februari 2012

Jangan sibuk mencabut kemuncup hingga lupa untuk menyumbat gol~



                          Seringkali kita memikirkan,"oh,,banyaknya masalah aku~"
Tapi lupa tuk fikir,"Macam mana nak selesaikan ye??"
Hasilnya..... Masalah semakin besar.....
Kepala makin berat.....
Akhirnya.........Tiada Penyelesaian...padan muka~:P

so.........

"Teach your mind to focus more on treatment neither than focus on the feel of pain"

wallahua'lam.
Senyum~ ^_^



Selasa, 7 Februari 2012

Senyum..... ^_^


Ni nasihat dari Mohamad......^_^


Senyum memikat hati walaupun xde gigi....
Senyum dari hati mampu sampai ke hati....
Senyum menjadi penyeri walau masalah bertimbun lagi~ 
senyum,xperlu kata apa2... ^_^

Ahad, 5 Februari 2012

Perkenalkan watak Unknown's Stories: Nurhakim

Nama: Nurhakim

Umur: 19 tahun

Sifat: Amat aktif

Hobi: berNasyid

"Dakwah banyak caranya"

Perkenalkan watak Unknown's Stories: Ikhwan

Nama: Ikhwan

Hobi: BerFB

Sifat: Bergaya dan cool

Umur: 19 tahun

                                               "Seorang muslim mesti sentiasa jaga kebersihan"

Perkenalkan watak Unknown's Stories: Zul

Name: Zul

Sinopsis: Roomate kepada Mohamad

Lahir: 20/12/92

Jurusan: Bioteknologi

Perkenalkan watak Unknown's Stories: Mohamad

Nama: Mohamad

Sifat: Seorang yang baik,jujur dan amanah

Umur: 19 tahun

Jurusan: Bioteknologi

Status: Bujang

Selasa, 10 Januari 2012

Unknown's story......("0_o)) -Solat Subuh-

[COPIED].......mungkin


-SITUASi 1-

Di suatu malam di dalam sebuah bilik,

Mohamad : Akhi,,tido la....dah lewat.....nanti susah nak bangun subuh...

Zul  : lek lu.....x abis lagi game ni......

Mohamad : ok....esok bangun subuh ye Ikhwan..

Ikhwan  : fine...ko tolong kejut la...buat la macam mana pon..asalkan aku bangun...

Malam berlalu dengan bunyi bising oleh game dan Zul sehingga menyebabkan Mohamad sukar nak tidur,,hanya memejam mata dan bersabar.....

Paginya........Alhamdulillah Mohamad dapat bangun subuh....

Mohamad : Bangun2!!!subuh2!!!

Zul  : ZzZzZzZzzzzzzz........

Mohamad  : bangun2!!! (sambil tepuk badan person 1)...
                  ...................Bangun!!!!!!

Zul   : mmmmmmm........... (muke serabut)
Zul   : bisingnya la......aku baru je tutup mata ni.....

Mohamad   : bangun2!!solat subuh....

Zul    : argh!!(menarik selimut tutup kepala)

Mohamad  :..................................("0_o)

Mohamad  : Ikhwan,,bangun2!!!!(tepuk badan,,tarik tangan)
Mohamad  : susahnya budak ni......Bangun2!!!!!(Tepuk badan Ikhwan dgn kuat)

Ikhwan   : (Dengan muka serabut ngan Mohamad,,berlalu ke tandas)

Mohamad dengan keadaan ngantuk sbb tido yg x baikdan x cukup berlalu ke surau........

Apa perasaanmu  pabila di posisi Mohamad???



-Situasi 2-

Malam 31.12.2010.....

Nurhakim  : Mohamad,,esok kejut aku awal ye,,ada program la.....

Mohamad : InsyaAllah.....

Pagi 1.1.2011......

Mohamad : bangun2!!! subuh2!!! 

Nurhakim  :ermmm...........

Mohamad : bangun la......solat subuh~

Nurhakim  : ZzZzZzZzzzzz........

Mohamad : Bangun la....Solat subuh!!!

Nurhakim  : ZzZzZzZzZz...... (=__=) 

Mohamad : wei,,lupa ke ada program pagi ni???!!

Nurhakim  : hah!!!program2!!!.....da  lewat ni!!!! 

Mohamad : .................

Itulah situasi yang biasa berlaku...... solat diringan-ringankan.....
lebih mementingkan perkara lain berbanding solat, bila kejut untuk solat subuh susah nak bangun,,tp bila kata ada program atau hal2 lain untuk dibuat,,senang pula bangun.....

Berdasarkan Situasi 1,kita boleh lihat,,dah tahu diri susah nak bangun jika tidur lewat,,tp masih tidur lewat,,apakah ini boleh dikira tidak sengaja atau uzur jika x terkejut subuh?? 

Dalam situasi lain,,contohnya kita studi fizik sampai lewat malam,,,dan tahu kita susah bangun kalau tidur lewat...pastu x terkejut subuh.... Sedangkan solat itu Fardhu Ain dan studi fizik tu fardhu kifayah.......x sedarkah yang mana kita lagi pentingkan??( "0_O) dan lupakah kita solat juga merupakan perkara pertama yang akan dihitung di hari Perhitungan kelak...

DARIPADA Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. 
Jika sembahyangnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya sembahyang fardu sesuatu. 



Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Umar r.anhuma katanya Rasulullah SAW bersabda, 

"Islam dibina atas lima (rukun). Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah SWT dan Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


wallahua'lam




Jumaat, 6 Januari 2012

Unknown's story......("0_o))

[COPIED].......'mungkin'

Person 1      : Mak Ayah kau hantar kau masuk U untuk belajar!! bukan berpolitik!! sibuk je keje....

Unknown    :kenapa lak???

Person 1     : Kau tau x kalau berpolitik tu boleh mengganggu pelajaran!!!@#$%

Unknown    :......................(DIAM)
Unknown    :mungkin............main game, gi ngorat awek, gi pusing-pusing, gi shopping ,gi tengok wayang,              
                   berFB,,MOVIE,MANGA..........xganggu pelajaran...........'mungkin' benda ni byk faedah,jarang                                    
                   sangat orang tegur~~~

Person 1    :..................................nak kata kat sini,,nak politik pon cari la ilmu dulu........baru orang tengok...

Unknown  :mungkin........mahasiswa ni jahil bagi kamu....mungkin~.......
Unknown  :maaf,,sy xtau....apa maksud politik??dan apa maksud belajar??

Person 1   :..............................

Unknown :Anda perlu banyak belajar lagi~~.....

Person 1  :...........




#pesanan PENAJA: ,"belajar ertinya bukan saja belajar apa yang ada dalam kuliah atau buku,,tetapi belajar juga melalui persekitaran,,peka terhadap isu-isu semasa,,belajar kepimpinan,,belajar untuk menegakkan hak,,yang penting sekali tapi ramai yang kurang amik berat,,belajar asas Fardhu Ain".......
Sedar x apa yang kita banyak belajar sekarang adalah ilmu fardhu kifayah??kenapa fardhu kifayah?? sebab kita belajar untuk Allah,,untuk umat islam,,untuk berbakti,,bukan untuk kerja semata-mata....wallahua'lam


#Penulis juga belajar menulis,,ampun maaf kalau ada silap,harap tegur~ =)