Ahad, 27 Januari 2013

Mukmin Kuat!

Orang yang mengatakan diri tiada masalah sebenarnya amat bermasalah.

Orang yang merintih dengan masalah menimbulkan lagi banyak masalah.

Tiada Masalah Selagi Tiada Masalah.

Masalah bukan satu masalah, Ia adalah untuk diselesaikan!!


Kasihnya Allah,
     1 Masalah yang ada, adanya juga 1000 cara penyelesaian. Tapi,,yang mana lagi kita  cenderung? Masalah atau Penyelesaian? Ketahuilah jika kita banyak merungut, cepat stress, pemikiran lebih negatif mungkin adalah tanda-tanda kita cenderung kepada masalah. 
Dalam kajian Law of Attraction ada menyebut,,"what u give,u will get back". Pemikiran dan segala tindak tanduk yang kita lakukan akan kembali kepada kita. Kita bagi negatif, hasil negatif yang akan kembali kepada kita.




Islam menggalakkan kita bermesyuwarah dan istikharah dalam mencari keputusan dan petunjuk,bukan merintih dengan masalah yang ada.(Kita biasa gune mase nak berbaitul je,,huhu)

Ujian ini Allah yang beri,,kenapa bukan kepadaNya kita memohon petunjuk. Analoginya, jika kita kenal penggubal kertas exam,,kita akan cuba minta tip2 untuk jawab soalan tu,betul kan?.

Dengarlah!!
Seorang Pemuda yang ditarbiah mampu dimotivasi tanpa perlu pemotivasi....


“Dan janganlah kamu merasa lemah(dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita(terhadap apa yang menimpa kamu),padahal kamulah orang-orang yang tertinggi(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang(sungguh-sungguh) beriman.”(Ali ‘Imran: 139)

Khamis, 3 Januari 2013

Tajuk boleh difikir sendiri... :)


“Dan janganlah kamu merasa lemah(dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita(terhadap apa yang menimpa kamu),padahal kamulah orang-orang yang tertinggi(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang(sungguh-sungguh) beriman.”(Ali ‘Imran: 139)

 Cuba fahami dulu cerita ini,


‘ aku mahu berubah!!! Monolog dalaman Mushaimi.’

BAB 1 OH JIKA AKU…

Satu susuk yang sederhana tinggi berpakaian serba hitam mendahagakan motivasi menghadiri satu program motivasi yang disampaikan oleh panel  berpangkat Dato’ yang agak terkenal di muka bumi Malaya.
“Perkara pertama yang perlu kita tanam dalam diri kita adalah matlamat kena jelas! Dengan matlamat yang jelas, kita akan tahu ke mana arah tuju kita. Buat rangka perancangan untuk jangka masa panjang dan jangka masa pendek.” Pesan Dato’ Hazwan dengan  penuh semangat  sehingga menusuk ke kalbu Mushaimi.

Mushaimi menunggang pulang ke Blok Ar-ruhul Jaddid dengan tekad dan azam yang baru. Notanya yang tersimpan kemas di dalam laci meja kayu dikeluarkan untuk mengapplikasi ilmu yang baru diperolehinya. Macam-macam dirancang untuk dicapai menjelang tahun baru 2013 membentuk Mind Map yang berlikar-likar. Rakannya sebiliknya, Muizzudin terpegun melihat perubahan yang mendadak yang terjadi ke atas rakannya itu. “Wei, apasal ko tiba-tiba rajin ni? Aku baru nak ajak gi lepak kat Mines” perli Muiz. Mushaimi hanya mencebikkan bibirnya tidak mahu melayan. “Jom la gi Mines, nanti boleh sambung keje ko tu malam nanti!” desak Muiz supaya Mushaimi menurutnya.

Mushaimi tewas dengan pujukan rakannya itu. “Ha’a la…malam nanti xde apa-apa aktiviti,baik aku lepak dulu” Mushaimi bermonolog.

“Jom Mines!!”

“x rugi aku lepak sana tadi. Best gile. Hilang stress” Fikir Mushaimi dalam perjalanan pulang ke Blok Ar-Ruhul Jaddid. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 2100. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi cengkerik tanda menerima pesanan SMS. Mushaimi melihat kepada paparan skrin.’2 SMS belum dibaca’.

‘MALAM INI JAM 10 ADA MUSYAWARAH PENTING DI PERPUSTAKAAN, WAJIB HADIR TANPA GAGAL-Setiausaha Persatuan Mahasiswa Cakna.’

‘oit,,mananya poster yang ko kata nak antar ari ni?-Bani.'

Tersentap Mushaimi. Stressnya kembali menguasai otaknya. Keliru dirinya mahu membuat keputusan di antara mahu menghadiri musyawarah atau meluangkan masa untuk diri sendiri. Tekanan membuatkan otaknya terasa berat ditambah dengan hasutan hawa nafsu yang menginginkan hiburan. Akhirnya, dirinya tewas dengan hawa nafsu. Maka, terlentanglah dia di atas tilam malas memikir apa-apa lagi.
Akhirnya, hari ke hari, minggu ke minggu, berlalu dengan tiada perubahan pada diri. Hidupnya berlalu dengan sekejap seronok tetapi tidak sekejap pula stressnya…Fikirnya dalam diri, ‘siapa aku patut salahkan?’……

SAMBUNG SENDIRI PENYUDAHANNYA…hoho
Kaitkan dengan situasi diri…ada persamaan atau tidak?? BUAT KESIMPULAN SENDIRI~ J


“Daripada Ibnu Umar r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. telah memegang bahuku lalu bersabda: “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau yang melintas sebuah jalan”. Selanjutnya Ibnu Umar sendiri pula berkata: “Bila engkau berada di petang hari, janganlah engkau menanti sehingga pagi; dan bila engkau berada di pagi hari, janganlah engkau menanti hingga datangnya petang. Manfaatkanlah waktu sihatmu untuk masa sakitmu dan waktu hidupmu untuk bekal kematianmu.”