Khamis, 7 Februari 2013

So Sweet~


Listen! listen! listen! #please understand and practice also... :P

Sebelum masuk kepada tajuk, perlunya kita termasuk diri sendiri ini mengimbas semula matlamat kita diciptakan.

Chicken has problem, cow has problem..but the jaws has the biggest problem(#phrasa ini hanya gurauan..hehe)

Matlamat gelas dicipta untuk memudahkan kita minum air,, kereta dicipta untuk memudahkan perjalanan, jika gelas diguna untuk dibaling,,maka pecahlah ia, jika kereta diguna untuk tempat makan sahaja,,membazirlah ia... masyarakat semestinya sedar fungsi-fungsi alat tersebut, tapi masyarakat selalu lupa fungsi manusia diciptakan....(blh cari di buku-buku,blog atau kuliah..huhu)..secara generalnya, sebagai hamba untuk beribadat kepada Allah dan sebagai khalifah di muka bumi.
Pentingnya jelas matlamat,, baru rase pentingnya kemanisan Iman.

-MASUK TAJUK-

Kebanyakan orang pernah rase manisnya madu,,manisnya gula,,manisnya tebu,, tapi tidak ramai mampu merasa manisnya IMAN! ia tidak boleh dibeli dengan duit atau emas..
mengikut hadis Rasulullah s.a.w., ada 3 tanda seseorang itu mendapat kemanisan iman.

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

1. Cinta Allah dan Rasul melebihi segala-galanya

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ»
Nabi SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dikasihi oleh kamu berbanding dengan anak-anak, kedua ibu bapa dan manusia yang lainnya.”


Maksudnya:“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”(at-Taubah:24)

Saidina ‘Umar pernah berkata kepada Nabi SAW: “Aku mengasihi kamu melebihi kasih aku terhadap segala perkara kecuali (aku lebih mengasihi) diri aku sendiri.” Lalu Nabi SAW berkata kepada beliau: “Tidak, wahai ‘Umar, sehinggalah aku dikasihi oleh kamu lebih daripada dirimu sendiri.”. Maka ‘Umar berkata: “Demi Allah, mulai sekarang, kamu lebih aku kasihi daripada diriku sendiri.” Nabi SAW menyapa: “Sekarang juga wahai ‘Umar.”
Kita tidak dihalang untuk mencintai makhluk, tetapi cinta Allah dan Rasul mesti menjadi keutamaan. ada satu kisah sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Saidina Umar al-khattab yang bergurau dengan nabi, "aku mencintai engkau melebihi segala-galanya kecuali diriku sendiri"

Mengikut kata-kata ulama, salah satu tanda cinta ialah kita selalu menyebut sesuatu yang dicintai itu. Analoginya, jika kita mencintai seseorang, kita seronok menyebut namanya. Kisah yang saya dengar dari ustaz lagi dasyat, kisahnya mereka belajar di oversea, al-kisah ustaz ini terdengar sahabatnya seakan-akan berzikir, tapi pelik bunyinya,"mah.mah.mah",untuk dapatkan kepastian,ustaz tersebut tanya sahabatnya,"mu ni belajor tarekat ke?",rupanya yang dia sebut ulang-ulang kali tu nama isterinya,katanya dapat melegakan kerinduan yang amat walaupun sebut namanya berulang kali.
Kos panggilan oversea memang mahal ketika itu.jadi,sahabat ustaz itu hanya menyebut nama isterinya untuk hilangkan kerinduan. Tengok!!terbukti sudah~hehe.. muhasabah diri kita semula,berapa kali kita sebut nama Allah atau Rasul dalam sehari???

2. Cintai seseorang semata-mata kerana Allah S.W.T.

"tidak sempurna iman seseorang itu selagimana dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.'-hadis ke13 dalam kitab Hadis 40 Imam Nawawi.

Mengikut hadis lain, salah satu golongan yang dinaungi Allah di hari kiamat adalah 'Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah'.

Ada orang mencintai seseorang kerana rupanya yang cantik,harta atau kemewahan tapi kelama-lamaan kecintaanya hilang dengan hilangnya kecantikan, harta atau kemewahan. jadi,cintailah kerana Allah kerana Allah tidak akan hilang. manis kan? :)

3. Benci kembali kepada kekufuran(maksiat)

jika dah terasa kemanisan iman, tentu sanggup melalui kesusahan untuk mempertahankan imannya. semenjak kebelakangan ini, ramai artis-artis berhijrah ke jalan yang lagi baik dan istiqamah di jalan dakwah, mungkin mereka dah merasai manisnya iman. bagaimana kita?


Semoga kita menjadi mendapat kemanisan iman sebagaimana para ulama,mujahid-mujahid yang istiqamah di medan perjuangan.

#sekadar perkongsian dari kuliah di surau....ingatan untuk diri dan sahabat. (^_^)v senyum,xperlu kata apa-apa~

Isnin, 4 Februari 2013

What u give,u will get back



-Intro-

Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka Mereka menjawab: "Kebaikan". Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.(AN-Nahl:30)

                     Alhamdulillah sempat mendengar dari Ustaz Alauddin tafsir surah an-nahl' , jelas menunjukkan perbezaan orang musyrik dan orang beriman dan balasan yang diterima.


Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Apakah yang diturunkan oleh Tuhan kamu (kepada Nabi Muhammad)?" Mereka menjawab: "Cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".(Mereka dibiarkan menuduh dengan yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu.Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap ugama Allah dan Rasul-rasulNya) maka Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka, dan mereka pula di datangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya..Kemudian pada hari kiamat, Allah menghinakan mereka (dengan azab seksa) sambil bertanya: "Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu berperi-peri memusuhi (Nabi-nabi dan orang- orang yang beriman) untuk membela mereka?" (Pada ketika itu) berkatalah orang-orang yang beroleh ilmu pengetahuan: "Sesungguhnya kehinaan hari ini dan azab seksa, adalah tertimpa kepada orang-orang yang kafir -(an-Nahl':24-27)


                     Bukan inginku tafsir ayat ini, tapi antara pengajaran yang kita boleh ambil ialah, setiap apa yang kita fikir,kita bertindak, balasannya akan kembali kepada kita. Tidak di dapat di dunia ini,dapat juga di akhirat kelak.

Bab 1-What u give,u will get back 

                   "Kalau aku ada duit,dah tentu markah aku lagi tinggi dari dia!"-Monolog dalaman Hakim.



Ting,ting,ting! Duit syiling Hakim jatuh ke lantai apabila dia cuba menyelongkar poketnya untuk mengeluarkan duit untuk membeli makanan di cafe.
 "Ha..ha..ha..duit syiling jatuh pon kutip ke bro!!"ketawa si Razif setelah melihat kejadian tersebut. Hakim biarkan jenaka si Razif walhal hatinya memberontak menahan marah. Razif memang cukup dikenali dengan kegeniusannya di dalam akademik biarpun sahsiahnya nakal. Dia berasal dari keluarga yang berada dan tidak pernah merasa kesusahan golongan yang tidak setaraf dengannya.

Umar menepuk bahu Hakim untuk menenangkan hati sahabatnya. Mereka mengambil tempat untuk menjamu sarapan yang ringkas.

Bilik A103,Blok Pluto

"Hakim, jom studi!!"semangat Umar mengajak Hakim belajar bersama.

"Relax la, exam lambat lagi, jum DOTA!"seloroh Hakim dengan gelak kecil. Umar sudah banyak kali menegur sikap Hakim, tapi tidak dipedulikannya. Umar kembali ke mejanya untuk menelaah pelajaran.

Seminggu sebelum peperiksaan

Umar fokus mengulang kaji nota-nota yang telah dibuatnya sebelum ini. Baginya, masa amatlah berharga. Pengajaran dari surah al-Asr tersemat di hati,

1.Demi masa 2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

Sekali-sekala dia menjenguk sahabatnya Hakim yang masih dengan dunianya.

"Buat apa belajar banyak-banyak, result sama je dengan tak belajar, baik aku belajar malam exam"desis Hakim.

Razif pula mengikuti kelas tuisyen dengan duit tanggungan bapanya. Walaupun dia agak nakal, kelas tuisyennya memang tidak pernah ditinggal.

Dewan Peperiksaan

"Habislah aku, macam mana nak jawab nanti.. Hentam ajelah!" Bisik Hakim. Hakim menjawab dengan sesuka hati. Mengisi kekosongan dengan apa  saja yang terlintas di benak fikiran. Seusai menjawab, dirinya terasa bebas bak terlepas dari penjara selama seminggu. "Asalkan lulus,ok la!"

12/12/12

Keputusan peperiksaan terbentang di atas papan kenyataan. "Hoorayy!! aku dapat keputusan antara yang tertinggi" keputusan Razif di bawah sedikit daripada Umar.

"Alhamdulillah, Allah bagi yang terbaik untuk aku" Umar mengucap syukur atas keputusan yang diterima. Dia  memang redha dengan keputusan diterima dan gembira kerana telah buat yang terbaik. Umar mencari-cari sahabatnya untuk bertanya berita. Tiada bersama kumpulan pelajar yang sibuk bercerita tentang keputusan peperiksaan. Di hujung blok asrama kelihatan kelibat Hakim yang sedang duduk di tepi longkang. Umar mendekati sahabatnya. Sejauh yang Hakim usahakan, begitulah keputusan yang diterimanya. Penyesalan amat terasa kerana tiadanya usaha. Terngiang kata-kata yang pernah diungkap oleh Umar, "Tidak bodoh orang yang mendapat keputusan yang tidak seberapa,tapi amat tidak bijak orang yang tidak berusaha bersungguh-sungguh".

"Kalau aku ada duit,dah tentu markah aku lagi tinggi dari dia!"desus hati Hakim melihat Razif yang bersorak kegembiraan.

Umar tiba-tiba bersuara,"Hakim, peluang sentiasa ada. Kita boleh pilih antara mahu atau tidak. Tidak kira kita miskin atau kaya, jalan  penyelesaian sentiasa terbuka selagi kita berusaha mencari."

Tersentap Hakim seolah-olah Umar mendengar kata-kata hatinya.

"WHAT U GIVE, U GET BACK"