Isnin, 4 Februari 2013

What u give,u will get back



-Intro-

Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka Mereka menjawab: "Kebaikan". Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.(AN-Nahl:30)

                     Alhamdulillah sempat mendengar dari Ustaz Alauddin tafsir surah an-nahl' , jelas menunjukkan perbezaan orang musyrik dan orang beriman dan balasan yang diterima.


Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Apakah yang diturunkan oleh Tuhan kamu (kepada Nabi Muhammad)?" Mereka menjawab: "Cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".(Mereka dibiarkan menuduh dengan yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu.Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap ugama Allah dan Rasul-rasulNya) maka Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka, dan mereka pula di datangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya..Kemudian pada hari kiamat, Allah menghinakan mereka (dengan azab seksa) sambil bertanya: "Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu berperi-peri memusuhi (Nabi-nabi dan orang- orang yang beriman) untuk membela mereka?" (Pada ketika itu) berkatalah orang-orang yang beroleh ilmu pengetahuan: "Sesungguhnya kehinaan hari ini dan azab seksa, adalah tertimpa kepada orang-orang yang kafir -(an-Nahl':24-27)


                     Bukan inginku tafsir ayat ini, tapi antara pengajaran yang kita boleh ambil ialah, setiap apa yang kita fikir,kita bertindak, balasannya akan kembali kepada kita. Tidak di dapat di dunia ini,dapat juga di akhirat kelak.

Bab 1-What u give,u will get back 

                   "Kalau aku ada duit,dah tentu markah aku lagi tinggi dari dia!"-Monolog dalaman Hakim.



Ting,ting,ting! Duit syiling Hakim jatuh ke lantai apabila dia cuba menyelongkar poketnya untuk mengeluarkan duit untuk membeli makanan di cafe.
 "Ha..ha..ha..duit syiling jatuh pon kutip ke bro!!"ketawa si Razif setelah melihat kejadian tersebut. Hakim biarkan jenaka si Razif walhal hatinya memberontak menahan marah. Razif memang cukup dikenali dengan kegeniusannya di dalam akademik biarpun sahsiahnya nakal. Dia berasal dari keluarga yang berada dan tidak pernah merasa kesusahan golongan yang tidak setaraf dengannya.

Umar menepuk bahu Hakim untuk menenangkan hati sahabatnya. Mereka mengambil tempat untuk menjamu sarapan yang ringkas.

Bilik A103,Blok Pluto

"Hakim, jom studi!!"semangat Umar mengajak Hakim belajar bersama.

"Relax la, exam lambat lagi, jum DOTA!"seloroh Hakim dengan gelak kecil. Umar sudah banyak kali menegur sikap Hakim, tapi tidak dipedulikannya. Umar kembali ke mejanya untuk menelaah pelajaran.

Seminggu sebelum peperiksaan

Umar fokus mengulang kaji nota-nota yang telah dibuatnya sebelum ini. Baginya, masa amatlah berharga. Pengajaran dari surah al-Asr tersemat di hati,

1.Demi masa 2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

Sekali-sekala dia menjenguk sahabatnya Hakim yang masih dengan dunianya.

"Buat apa belajar banyak-banyak, result sama je dengan tak belajar, baik aku belajar malam exam"desis Hakim.

Razif pula mengikuti kelas tuisyen dengan duit tanggungan bapanya. Walaupun dia agak nakal, kelas tuisyennya memang tidak pernah ditinggal.

Dewan Peperiksaan

"Habislah aku, macam mana nak jawab nanti.. Hentam ajelah!" Bisik Hakim. Hakim menjawab dengan sesuka hati. Mengisi kekosongan dengan apa  saja yang terlintas di benak fikiran. Seusai menjawab, dirinya terasa bebas bak terlepas dari penjara selama seminggu. "Asalkan lulus,ok la!"

12/12/12

Keputusan peperiksaan terbentang di atas papan kenyataan. "Hoorayy!! aku dapat keputusan antara yang tertinggi" keputusan Razif di bawah sedikit daripada Umar.

"Alhamdulillah, Allah bagi yang terbaik untuk aku" Umar mengucap syukur atas keputusan yang diterima. Dia  memang redha dengan keputusan diterima dan gembira kerana telah buat yang terbaik. Umar mencari-cari sahabatnya untuk bertanya berita. Tiada bersama kumpulan pelajar yang sibuk bercerita tentang keputusan peperiksaan. Di hujung blok asrama kelihatan kelibat Hakim yang sedang duduk di tepi longkang. Umar mendekati sahabatnya. Sejauh yang Hakim usahakan, begitulah keputusan yang diterimanya. Penyesalan amat terasa kerana tiadanya usaha. Terngiang kata-kata yang pernah diungkap oleh Umar, "Tidak bodoh orang yang mendapat keputusan yang tidak seberapa,tapi amat tidak bijak orang yang tidak berusaha bersungguh-sungguh".

"Kalau aku ada duit,dah tentu markah aku lagi tinggi dari dia!"desus hati Hakim melihat Razif yang bersorak kegembiraan.

Umar tiba-tiba bersuara,"Hakim, peluang sentiasa ada. Kita boleh pilih antara mahu atau tidak. Tidak kira kita miskin atau kaya, jalan  penyelesaian sentiasa terbuka selagi kita berusaha mencari."

Tersentap Hakim seolah-olah Umar mendengar kata-kata hatinya.

"WHAT U GIVE, U GET BACK"




Tiada ulasan:

Catat Ulasan