Khamis, 1 Disember 2011

Forum Kembara Hijrah Bersama Sham Kamikaze dan Ustaz Ramadhan Fitri



 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...Assalamualaikum w.b.t

 Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana berjaya melaksanakan Forum Kembara Hijrah.....

First program yang ku pegang sebagai pengarah..... banyak ujian tapi Alhamdulillah banyak bantuan Allah kurniakan...dan Allah kurniakan juga sahabat2 yang sanggup berjuang....walau susah kami seronok!!

First time berucap~ terbelit-belit..... "0_o


Forum ini diadakan di Dewan Putra 2,UPM pada 29.11.11....
Didatangi ahli panel Sham Kamikaze dan Ustaz Ramadhan Fitri...Moderatornya ialah yang kacak bergaya,,saudara Zahir,pelajar UPM......


Forum ini diadakan untuk memberikan penjelasan tentang makna hijrah,,motivasi hijrah di samping pencerahan tentang hukum bermain muzik....

Alhamdulillah kata-katanya(Sham Kamikaze) yang dipetik dari sahabatnya cukup mendalam......

Sampai bila kita nak menunggu hidayah....
orang zaman sekarang banyak memperoleh hidayah selepas masuk kubur....


Jadi,,anda fikir??? :) ...




Beliau juga menceritakan kisah penghijrahannya yang bermula selepas bertemu dengan Imam As-Sudais....salah seorang yang dikagumi.....

"Kita memang rasa kita banyak dosa tetapi jangan lupa rahmat dan pengampunan Allah lagi besar dari segala-galanya"-Sham Kamikaze

Mendalam kan maksudnya....

Sham juga menceritakan kisah para sahabat yang berubah dari orang yang sangat jahil,,,kepada hamba Allah yang taat dan Beriman........jadi,,kita yang setakat buat dosa yang biasa2 xleh bagi alasan untuk berubah...


Ustaz Ramadhan Fitri pulak menceritakan tentang kisah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib(Madinah).....

Banyak iktibar yang boleh kita ambil dari kisah tokoh-tokoh hijrah antaranya Sayyidina Abu Bakar yang sanggup menahan sakit sehingga menitiskan air mata ke muka nabi kerana tidak mahu menyebabkan Nabi terjaga......


Selain itu,Ustaz Ramadhan juga menerangkan hujah-hujah yang menguatkan bahawa hukum main muzik adalah harus selagi tidak membawa kepada perkara yang diharamkan.......

Wallahua'lam.......semakin banyak tulis,,semakin banyak boleh berlaku kesalahan....sekadar perkongsian.. Senyum~ ^_^Assalamualaikum....

JoM TeNgok PiC~

Forum Kembara Hijrah 1433 HIJRAH


Persembahan oleh Nahwan Nur
Posing~ ^_^

Ajk bersama Sham Kamikaze

Dari kanan;Saudara Zahir,Ustaz Ramadan dan Abang Sham Kamikaze





nak tau lagi??