Khamis, 1 Disember 2011

Forum Kembara Hijrah Bersama Sham Kamikaze dan Ustaz Ramadhan Fitri



 Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...Assalamualaikum w.b.t

 Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana berjaya melaksanakan Forum Kembara Hijrah.....

First program yang ku pegang sebagai pengarah..... banyak ujian tapi Alhamdulillah banyak bantuan Allah kurniakan...dan Allah kurniakan juga sahabat2 yang sanggup berjuang....walau susah kami seronok!!

First time berucap~ terbelit-belit..... "0_o


Forum ini diadakan di Dewan Putra 2,UPM pada 29.11.11....
Didatangi ahli panel Sham Kamikaze dan Ustaz Ramadhan Fitri...Moderatornya ialah yang kacak bergaya,,saudara Zahir,pelajar UPM......


Forum ini diadakan untuk memberikan penjelasan tentang makna hijrah,,motivasi hijrah di samping pencerahan tentang hukum bermain muzik....

Alhamdulillah kata-katanya(Sham Kamikaze) yang dipetik dari sahabatnya cukup mendalam......

Sampai bila kita nak menunggu hidayah....
orang zaman sekarang banyak memperoleh hidayah selepas masuk kubur....


Jadi,,anda fikir??? :) ...




Beliau juga menceritakan kisah penghijrahannya yang bermula selepas bertemu dengan Imam As-Sudais....salah seorang yang dikagumi.....

"Kita memang rasa kita banyak dosa tetapi jangan lupa rahmat dan pengampunan Allah lagi besar dari segala-galanya"-Sham Kamikaze

Mendalam kan maksudnya....

Sham juga menceritakan kisah para sahabat yang berubah dari orang yang sangat jahil,,,kepada hamba Allah yang taat dan Beriman........jadi,,kita yang setakat buat dosa yang biasa2 xleh bagi alasan untuk berubah...


Ustaz Ramadhan Fitri pulak menceritakan tentang kisah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib(Madinah).....

Banyak iktibar yang boleh kita ambil dari kisah tokoh-tokoh hijrah antaranya Sayyidina Abu Bakar yang sanggup menahan sakit sehingga menitiskan air mata ke muka nabi kerana tidak mahu menyebabkan Nabi terjaga......


Selain itu,Ustaz Ramadhan juga menerangkan hujah-hujah yang menguatkan bahawa hukum main muzik adalah harus selagi tidak membawa kepada perkara yang diharamkan.......

Wallahua'lam.......semakin banyak tulis,,semakin banyak boleh berlaku kesalahan....sekadar perkongsian.. Senyum~ ^_^Assalamualaikum....

JoM TeNgok PiC~

Forum Kembara Hijrah 1433 HIJRAH


Persembahan oleh Nahwan Nur
Posing~ ^_^

Ajk bersama Sham Kamikaze

Dari kanan;Saudara Zahir,Ustaz Ramadan dan Abang Sham Kamikaze





nak tau lagi??

Sabtu, 5 November 2011

Cinta yg tiada penghujung.....





Ditinggalkan kawan-kawan dan kekasih???
Dia sentiasa di sisi....


Hilang Arah tuju dan tiada siapa bantu??
Dia dah bagi 'surat CINTA' yang memberi panduan hidupmu....

Xcukup kaya dan serba kekurangan???
Dia sentiasa sedia untuk memberi....

Tiada orang nak mendengar???
Dia sentiasa bersedia mendengar apa-apa saje....
Dia tidak pernah merungut....malah makin banyak mengadu padaNya makin bahagia dirimu.....InsyaAllah....


Jadi,,cinta siapa yang kau cari?? cinta duniawi  yang sementara ini atau cinta Illahi yang Hakiki???








Jumaat, 4 November 2011

Sahabat2 Mumia Versi Terengganu~ ^_^


28/10/11,Jumaat,GUNTONG- Di sebalik keindahan dan ketenangan kampung, dilaporkan bahawa beberapa ekor mumia kelihatan muncul serta-merta di sebuah sekolah terpencil di kawasan berkenaan.
Menurut saksi kejadian, mumia-mumia berkenaan membawa utusan untuk para pelajar sekolah berkenaan untuk menyatakan "SAYA CEMERLANG".-ZUL IKHWAN-


#p/s :Assalamualaikum,,,anda xkan jupe mumia2 ni kalau xjoin aktiviti PAKAT.....harap maklum

Sabtu, 8 Oktober 2011

Selamat Bermujahadah~


Khas buatmu..........


Terima kasih memberi kenangan yang indah......
Mengajarku banyak pengalaman......
Temanku ketikaku sedih....
Berkongsi denganku kegembiraan....
Indahnya saat itu....
membuatkan hatiku tertarik...


Sebelum jauh terpesong....
Sebelum  lupa manisnya iman...
Sebelum melebihi batas-batas....
Sebelum hatiku semakin gelap...
Sebelum hatiku terikat...
Sebelum Kita menyesal di kemudian hari.....
dan
Ketika ku diberi kekuatan....
Ketika ku dikurniakan iman..

Ku ingin sekali  untuk kembali kejalan yang lurus.....
jalan yang diredhai.........
Mencari ketenangan yang dah lama tidak dirasai..

Setiap kali solat,,,,
Kita sering mohon supaya ditunjukkan jalan yang lurus........entah kita hayati atau tidak,,tapi itulah hakikat yang kita pinta....
'Tunjukkan Aku Jalan Yang Lurus'....
'Iaitu jalan yang Kau Redhai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat'....


Temanku.....

Kita dicipta dengan fitrah....
dan Allah tidak menghalang fitrah....
dan telah Allah mengajar sebaik-baik cara untuk memenuhi fitrah tersebut.....
Berserahlah Segalanya PadaNya...

Allah Maha Pengasih dan Penyayang....
Cinta padaNya cinta Hakiki...
Mengadu padaNya menenangkan Hati....
Hanya dengan ingat padaNya akan Membahagiakan Diri....
May our heart always with Allah...



~Islam Is Our Way Of Life~





Senyum~^_^
Lets it be a beautiful memory...






Selasa, 4 Oktober 2011

sMILE When We Sick...

Assalamualaikum.....


Yeaa~akhirnya demam.....hehe.. 
Pasti pelik bila orang excited lepas boleh sakit....kan3??? :) 

“Aku mengagumi seorang mukmin karena selalu ada kebaikan dalam setiap urusannya. Jika ia mendapatkan kesenangan, ia bersyukur (kepada Allah) sehingga di dalamnya ada kebaikan. Jika ditimpa musibah, ia berserah diri (dan menjalankannya dengan sabar) bahwa di dalamnya ada kebaikan pula.” (HR Muslim)


Tapi itulah orang yang tahu hikmah-hikmah sakit.....

Orang yang tidak tahu hikmahnya sering menyalahkan takdir....... kenapa Tuhan bagi aku demam?? Sering merungut..Oh,,tidak!!!~~~..("O_o)

Tidak Tahukah anda??

Dengan SAKIT,,dosa-dosa hambanya yang sakit akan digugurkan....

 Rasulullah s.a.w bersabda:“Setiap getaran pembuluh darah dan mata adalah karena dosa. Sedangkan yang dihilangkan Allah dari perbuatan itu lebih banyak lagi.”
(HR. Tabrani).

Dengan SAKIT,,akan mendekatkan kita kepada Allah s.w.t....

Akan Mengingatkan kita kepada nikmatnya waktu sihat....

Akan mengajar erti bersyukur......

Akan mengingatkan kita kepada kematian.....

Akan menyedarkan kita bahawa sekuat mana pon kita,tanpa nikmat sihat,,tak termampu kita untuk berbuat apa-apa......

Pendapat Ibnu Qayyim, “Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cobaan dengan sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia ujub dan takabur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Karenanya, musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat Allah yang disiramkan kepadanya. Akan membersihkan karatan jiwanya dan menyucikan ibadahnya. Itulah obat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah untuk setiap orang beriman. Ketika ia menjadi bersih dan suci karena penyakitnya, maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan. Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan ridha.”


Jadi.....Terimalah apa yang kita terima dengan hati terbuka~

Senyum~ ^_^

p/s:first time kurasa excited time dapat demam...kih3~



<----NI bukan Zul Ikhwan... :P








rujukan



Rabu, 21 September 2011

Di sini Senang,,di Sana Senang,,Di mana-mana pun Senang~


5c8e262b.jpg
Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


Di Sini Senang,,Di Sana Senang,,Di mana-mana pon Senang..... ^_^
Orang yang Bertakwa......Tiada halangan baginya~

Senyum Itu Sedekah.... ^_^

Alkisah seorang budak......

Dia selalu tersenyum dekat tabung masjid. Perilaku itu dilihat oleh imam dan imam itu berasa hairan dan curiga.

Suatu hari imam bertanya pada budak tersebut, 'nape ko sonyum kat
... tabung tu ?. Budak tu pun jawab, 'Cikgu saya pesan, senyum itu satu
sedekah..saya xde duit nak sedekah, jadi senyum jelah kat tabung tu.
Sedekah jugak! ^_^





Senyum~ sedekah yang paling mudah....cuma jangan disalah pakai~


*esok ramai2 pakat senyum kat tabung masjid ye....kih3~

Selasa, 6 September 2011

2 Perkara yang harus kita ingat dan 2 Perkara yang harus kita lupakan

ASsalamualaikum w.b.t.....

Hari ni ada serangkap ayat yang ingin saya kongsi dari dari filem sang murabbi...... 

ni cuma 1/12 part dari cerita....yang part lain tengok kat youtube la...


ni rangkapnya....

Ada 2 perkara yang harus kita ingat:
  • Kebaikan yang orang lain buat kepada kita
  • Keburukan yang kita buat kepada orang
Rasulullah SAW. bersabda “Berbahagialah orang yang diingatkan oleh aibnya sendiri, daripada aib orang lain”. 


dan 2 perkara yang harus kita lupakan:
  • Kebaikan yang kita buat kepada orang lain 
  • keburukan yang orang lain buat kepada kita.


"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". (QS. Al Hujurat:12



Moga kita mengambil iktibar dan menjadi orang yang bersyukur serta dielakkan menjadi orang yang riak dan orang yang suka membangkitkan kebaikan yang kita buat dan keburukan orang lain..... wallahua'lam... ^_^ ...senyum~


Jumaat, 26 Ogos 2011

Tambahan dari post lepas......


Nampaknya sem ni paling teruk bagiku......  o_O) ....jauhnya tergolek~

camna ni???xbg contoh terbaik...ohhhhhhhh~~~ xleh join xtiviti la sem depan....

26/8/2011- Seorang pelajar didapati stress walaupun esoknya akan balik rumah...pelajar terbabit didakwa terpaksa deactivated kerana result finalnya......-Zul-






1....2....3...4...5...6.......10...1...ZzZzZzZzZ...

Khamis, 25 Ogos 2011

3 Sem yang Tough.......


Assalamualaikum dan salam sejahtera...bertemu lagi kita dalam rancangan Tanyalah Zul~ :)






24 Ogos 2011,Universiti Putra Malaysia- Dalam 200 orang pelajar ASPER Sem 3 telah menamatkan pengajian pada peringkat asasi. Asasi ini diakhiri dengan Exam Chemistry yang agak sukar untuk dijawab.walaupun sukar,mereka gembira selepas peperiksaan berakhir kerana menandakan tamatnya asasi.

                 Selepas exam berakhir, mereka dilaporkan bersalam-salaman dan ada yang didakwa menangis. -Zul Ikhwan-. :PP ...kih3..Ampun Maaf semua dan Selamat Hari Raya.Moga bertemu lagi dalam Ramadhan akan datang. Bertemu dan berpisah kerana Allah~




                  DImana kita sekarang??...

◢▩▩◣
                                  ▌▌▌▌▌<-- Kejayaan Akhirat
▌▌▌▌▌
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
                                            ╬═╬<------Aras kejayaan Dunia
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
                                                      ╬═╬<------kahwin,berumah,berkereta
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
                     ╬═╬<----Kerjaya
╬═╬
╬═╬
              ╬═╬<----PhD
╬═╬
╬═╬
╬═╬
                  ╬═╬<---Master
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
                  ╬═╬<---Degree
╬═╬
╬═╬
╬═╬
    ╬═╬\O
                                      ╬═╬ /▌<-- Kita di asasi UPM
   ╬═╬ //

Konklusinya,,kejarlah kejayaan Akhirat,,nescaya dunia akan mengikuti 

(^_^)

masih jauh perjalanan...
  Kita ibarat Musafir yang mencari yang siggah di dunia untuk mencari bekalan ke akhirat...wallahua'lam...









Selasa, 23 Ogos 2011

Jom Jauhi Sifat MALAS~

Pesanan Untuk diri-sendiri dan sahabat terutamanya tuk diri la.:P......JANGAN MALAS!!!!

Jom Jihad Lawan Nafsu MALAS~ ^_^





Isnin, 22 Ogos 2011


Wasiat terakhir seorang sahabat


Pak Cupit melawat seorang sahabat yang terlantar sakit di sebuah hospital. Zaki sudah berkawan baik dengan Pak Cupit sejak mereka sama-sama keluar dari hutan 3 tahun dahulu, malah Zakilah yang memberikan sepasang selipar jepun kuning yang menjadi kebanggaan Pak Cupit.



Kesian Zaki, derita yang ditanggungnya sejak sebulan lalu terlalu berat sehinggakan dia tidak mampu lagi berkata-kata kerana menurut doktor yang merawatnya, wayar soundboxnya sudah putus. Zaki terpaksa menulis di atas sekeping kertas jika ingin meminta apa-apa dari jururawat yang melayaninya.



Ini merupakan kali pertama Pak Cupit datang melawat Zaki, Pak Cupit sayu melihatkan wajah Zaki yang pucat dan semakin cengkung akibat sakit yang dialaminya. Tiba-tiba Zaki menunjukkan isyarat kepada Pak Cupit agar memberikannya sehelai kertas dan pen. Menyangkakan Zaki ingin menulis wasiat, cepat-cepat Pak Cupit memenuhi permintaannya.



Dalam hati Pak Cupit terdetik "Mungkin saat ajal sahabatku ini sudah hampir..."



Sebaik sahaja menerima kertas yang ditulis oleh Zaki, Pak Cupit segera melipatnya dan disimpan elok-elok di dalam sakunya. "Akan aku kotakan segala wasiat terakhir mu wahai sahabatku...."



Beberapa minit kemudian, Zaki kelihatan meronta-ronta, wajahnya menjadi seakan biru sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Pak Cupit pasrah menerima takdir Ilahi. Ternyata tuhan lebih menyayangi sahabatnya itu.



Selesai pengebumian Zaki, Pak Cupit teringat akan nota kecil berupa wasiat yang pernah diberikan kepadanya oleh Zaki tempoh hari. Dia segera memaklumkan keluarga Zaki tentang perkara itu.



Setelah semuanya berkumpul, perlahan-lahan Pak Cupit membuka nota tersebut untuk membacanya.



TIBA-TIBA!



Pak Cupit lari sekuat hati meninggalkan semua orang yang ada di situ yang menyaksikannya dalam kebingungan.



Salah seorang ahli keluarga arwah zaki membuka dan membaca nota tersebut sambil menangis,



"CUPIT!!! JANGAN PIJAK WAYAR OKSIGEN AKU!!! AKU TAK BOLEH BERNAFAS NI!!!!"




Khamis, 18 Ogos 2011

Adik-adik baru........


Adik-adik dari Program BERJAYA

time ni first time jadi faci....belajar2.... :)

Adik dari Madrasah Qasimul Ulum
ni kali kedua...tapi kali ni dari Madrasah(budak2 tahfiz)...sudah tentu lagi hebat dariku...
belajar lagi di sini.....pengalaman yg berharga.....

Aktif~

amat proaktif pelajar2 disini.........


Ku Memberi dan Menerima.....
Mengajar sambil belajar.....
Mencari dan mendalami.....
Memahami isi hati....sanubari....dari berbagai posisi...
berbagai rupa ku temui......


Selasa, 16 Ogos 2011

JOm Menari Sambil Bernasyid~

Lagu Demi Matahari oleh snada terjemahan dari surah As-syams......

First time cuba tarian ni masa jadi faci kat madrasah Qasimul Ulum..... agak lucu~

saya dah cuba,,bila pula anda???(iklan...hehehe)


JOm Menari!!!! ^_^

ni lagunya.....




Imam Muda Nuri pon menari tarian ni....





Yang ni agak lucu~





Versi adik-adik Tadika~comey....... 


Jum-jum!!!!(^_^)

Isnin, 1 Ogos 2011

Yeay!!!! da Puasa......

albaqarahpuasa


"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS Al-Baqarah : 183 ).





Assalamualaikum w.b.t.....Alhamdulillah....bertemu lagi Ramadan Tahun ini......sudah lama ku menanti.....


Da lupa niat???hehehe.....
haa...ni nak kongsi sikit...


Sesungguhnya amal itu tergantung dari niat [Bukhari-Muslim]
Dari Hafshah Ummul Mukminin bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa tidak berniat puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya.” [Imam Lima]


Lafaz Niat Ringkas
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Lengkap
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Sebenarnya, bangun untuk bersahur sudah dikira sebagai niat puasa.
Lafaz Niat Untuk Sebulan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Visi Ramadan........Takwa kepada Allah...

Misi: -Lailatul Qadar

Dari Ibnu Umar ra bahwa beberapa shahabat Nabi SAW melihat lailatul qadr dalam mimpi tujuh malam terakhir, maka barangsiapa mencarinya hendaknya ia mencari pada tujuh malam terakhir.” Muttafaq Alaihi.
Dari Muawiyah Ibnu Abu Sufyan ra bahwa Nabi SAW bersabda tentang lailatul qadar: “Malam dua puluh tujuh.” [Abu Daud]
Dari ‘Aisyah ra bahwa dia bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana jika aku tahu suatu malam dari lailatul qadr, apa yang harus aku baca pada malam tersebut? Beliau bersabda: “bacalah:
Doa Malam Lailatul Qadar
(artinya: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai ampunan, maka ampunilah aku).” Riwayat Imam Lima selain Abu Dawud.

        -Perbanyakkan Ibadat
#Bersahur
“Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur karena dalam bersahur itu ada keberkatannya” [Bukhari-Muslim]
#segerakan berbuka

“Diriwayatkan daripada Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila datang malam, berlalulah siang dan tenggelamlah matahari. Orang yang berpuasa pun bolehlah berbuka” [Bukhari-Muslim]
Dari Sahal Ibnu Sa’ad Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Orang-orang akan tetap dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” [Muttafaq Alaihi]
Menurut riwayat Tirmidzi dari hadits Abu Hurairah ra bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: Hamba-hamba-Ku yang paling Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka.”

#berbuka dengan kurma
Dari Sulaiman Ibnu Amir Al-Dlobby bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Jika seseorang di antara kamu berbuka, hendaknya ia berbuka dengan kurma. Jika tidak mendapatkannya, hendaknya ia berbuka dengan air karena air itu suci.” Riwayat Imam Lima. Hadits shahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Hakim.
     

        -Jaga diri dr perkara makruh apatah lagi haram
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa” [Bukhari-Muslim]
     
 laksanakan tugas Ihya Ramadan....Moga hati ini ikhlas hanya keranaNya~ :)

Selamat Menyambut Ramadan Semua Sahabat.......Ampun Salah Silap...Moga amal diterima.....
Moga mencapai kejayaan di bulan Ramadan....amin....

                                                                                                                      Yang Benar,
                                                                                                                            Zul Ikhwan

Rujukan:
http://media-islam.or.id/2009/08/17/panduan-puasa-bulan-ramadhan-menurut-ayat-qur%E2%80%99an-dan-hadits

Ahad, 31 Julai 2011

Kau Sahabat Kau Teman.....

Jom Dengar.....
Buat sahabat yang mengingatkan ku pada Allah...


Ku punya ramai kawan......tapi yang menjadi sahabatku hanya beberapa orang...
Ramai kawan mengajak aku berhibur......tapi yang mengajakku kepada kebaikan amat jarang....
Aku dikelilingi budak asal sekolah agama.....tp yg memperjuangkan Islam bilalah akan datang.....


Ohh....suasanaku kini amat mencabar keimanan~
entah sampai bila dapat bertahan....
tanpa teman seperjuangan.... 
amatlah perit menahan ujian....
tapi kejayaan bagi yang ada kesabaran...
Ingatlah Allah sentiasa berada untukmu wahai insan...
miss my true friends~

Sabtu, 30 Julai 2011

Jangan Mengalah !! go!! go!! go!!

Pesanan Dari Sahabat......

Tika wajah penat memikirkan dunia.....maka....... BERWUDUKLAH.....

Tika Tangan letih menggapai cita-cita....maka.......serulah.....ALLAHU AKBAR!...

Ketika Bahu tiada kuasa memikul amanah....maka...SUJUDLAH..

Ketika Hati dan Perasaan terase amat penat kerna berperang dengan godaan syaitan dan nafsu seorang diri......Ketika Hilang Sahabat....maka......sedarlah.....Anda tidak sendiri....ALLAH SENTIASA BERSAMAMU....


Yakinlah dan Teruslah Bermujahadah......Berlindung Dengan Nama ALLAH,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Ikhlaskan Semuanya & Dekati Allah SWT....

AGAR tunduk disaat yang lain angkuh....
AGAR teguh di saat yang lain runtuh........
  
                              AGAR tegar disaat yang lain hampar........



                          HAYYA BIL JIHAD!!!  (^O^)




Sabtu, 23 Julai 2011

Senyum......x abis2 entri sal senyum~hehe

.................................noting to said,,just want to keep smiling...............................

                                    sebanyak mana dugaan..............

                                              sejauh mana hatiku tertawan.....................
                                             
                                                           ku melawan dengan senyumannnnnn~ :)


GO!!!GO!!GO!!