Sabtu, 19 Februari 2011

TAKWA

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Takwa; Takut kepada Allah......tetapi bukan sekadar takut,,malah gelisah dan gentar apabila terfikir akan suruhan dan larangan Allah S.W.T.....

Ada takwa bkn bermaksud hati tidak akan tenang,,tetapi kegelisahan,takut dan gentar itu kan membawa kita kepada nikmat yg sgt berharga iaitu kemanisan iman dan hati yg penuh dengan cinta Illahi dan Rasulullah........InsyaAllah..Seperti ayat 1000 dinar kat atas tu yg menyatakan Allah akan membantu menyelesaikan segala permasalahan kita dan mendapat rezeki yg xdisangka-sangka jika kita bertakwa....hermmm.....Allah memang ar-Rahman dan ar-Rahim.... tp cuma manusia yg  x sedar atau xnak sedar....:P


Orang yg bertakwa sentiasa memikirkan kebesaran Allah......


Contohilah  sifat takwa Saidina Abu Bakar r.a ;

          Saidina Abu Bakar merupakan sahabat yg termulia di kalangan sahabat....

         Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, 'Nama Abu Bakar akan diseru daripada segenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya'....

Walau dijanjikan sebegitu rupa,sifat takwa di dalam kalbunya xpernah hilang.......

Dia sering berkata: "Alangkah baiknya kalau aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api" Kadang-kadang dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput yang riwayat hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan."

Pada suatu hari dia telah pergi kesebuah taman dimana ia lihat seekor burung sedang berciap-ciap. Katanya: "Wahai burung! Sungguh bertuah kamu. Kau makan minum dan bertebangan dibawah naungan pokok-pokok kayu tanpa sebarang perasaan takut tentang hari perkiraan Aku ingin menjadi seperti engkau,wahai burung."


Tapi,,bagaimana nak cari Takwa??

1.Ibadat....... apa pndangan sahabat skalian jika mlihat org yg rajin bribadat??mesti fikir dia baik kan,, tp org yg byk bribadat xsemestinya dia bertakwa.... Ibadat adalah jalan kepada takwa....think positive ea~ jgn putus asa beribadat,,mohonlah kpd Allah agar kita mencapai tahap ketakwaan yg tinggi ni.....

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
(Al-Baqarah 2:183)


2.Ilmu.....Carilah ilmu Ikhlas kerana Allah.....carilah kebesaran Allah dalam ilmu yg dpelajari dan kenalilah sifat2 Allah dalam melalui makhluknya...ingatlah bahawa Allah mencipta sesuatu perkara pasti ada asbabnya..... komen:skrg byk pendidikan berkonsep sekular...jadi set la minda anda supaya jgn percaya bulat2 apa yg dipelajari terutama bio tu;teori darwin la,teori moyang yg sama la...fikirlah



3.Melihat dan Memikirkan Allah setiap masa,,bak kata pepatah,,berdiri,duduk,baring sentiasa ingat Allah... ketika berjalan-jalan di bukit ,,melihat pokok2....dan lain2 lagi....fikirlah kebesaran Allah......dgn ini InsyaAllah perlakuan kita akan terkawal.....



ermm....mgkin stakat ini sahaja entry kali ni,,,terasa nak tulis pasal benda ni pon sbb nak kongsi maklumat yg bru dpt dari Usrah kat BUKIT EKSPO,,,,,hehehe :D ...Komenlah jika ada salah silap ye.... Assalamualaikum~

Sabtu, 5 Februari 2011

Bulan 1 yang penuh Pengalaman..... Cek List Perjalanan Hidup



Lamanye xupdate blog.....lipas da beranak-pinak dan bjanggut da.....

Lupe plak...Assalamualaikum...xtau nak tlis apa....jd cek list jela...


List bln 1:

-Kursus Daie Muda

-Ajk Orion

-Ahli Sekretriat Kerohanian

-Kem Kepimpinan PAKAT

-Ahli biro Kerohanian ASPER

Eish,,,da byk rupany....bru abis 1 bln sem ni....mcm2 da blaku....

-Study: entah kemana~ahahaha......


Apalah nak jd ngan Mohamad Zul Ikhwan Nurhakim ni...


-Silat yg mnjadi darah dging: dikorbankn smata-mata nak lbihkn masa study....tp,,meeting mnguasai.....hahaha....naek stress ak....relax2~ senyum,xperlu kata apa2....aha...

-Hujung Minggu:2 hujung mggu kuar kem ngan kursus,1 hjung mggu gi kuar kat MINES.1 lg blk umah 2+1+1=4...btul2....fuhh...mmg full jdual ak ni...

-Tazkirah: first time cuba buat dpn2 org dlm kuliah dgn sukarela....second time kat kem PAKAT(dkatakn bks pljr sklh agama,padahal xpenah pon.....kbtulan je MRSM KOPU diiktiraf Ulul Albab timethn last ak dsana)

-Bedah Tikus:huhuhu....yg ni best~ kecian Sir Tikus,, tp mmg cute bile dbedah.....hahahaha....Kawai~ :P





Herrmmmm......bila dfikirkan...Betul x apa yg ak buat ni dengan niat ak msk UPM ....mcm da lari jauh je ni..........pening2

Mana komitmen untuk matlamat asal ak??eish...kemana gerangan dye lari...



Ya Allah,, bntulah hambamu ini mncari jln.....ak berserah padaMu...ak pgang firman mu ini; Jika kamu menolong Agama Allah,,Allah akan membantu kamu.... ak yakin.....moga berjaya...InsyaAllah...amin...





Muhasabah dan Fikirlah perjalanan HIDUP anda~.......

Ahad, 16 Januari 2011

3 Days in Kursus Kejurulatihan Da'ie Muda.... :D

Waaa..... da lama x update blog ni...da berdebu tahap harta karun dah ni....ish3~

Nampakny smnjak 2menjak ni sibuk betul....

hmpir setiap malam ada program/meeting.....fuhh,,penat.

tp, xpe....letih berbuat kebaikan~

......Pabila kamu letih berbuat kebaikan,,maka keletihan akan hilang,,tp pahala kebaikan akan terus kekal....
                                                                                                           (Saidina Ali bin Abi Talib)

tp Alhamdulillah hatiku semakin kenyang dan terisi..

pengalaman di kem Kursus Kejurulatihan Da'ei Muda di Kolej Dar al-Hikmah pd mggu lps memang menakjubkan....


MEMBERIKU SEMANGAT DAN INSPIRASI UNTUK ISLAM~

byk ilmu yg ku pelajari tmasuklah communication skill....

Sahabat yg blh membawaku kpd Allah jg semakin bertambah.....Alhamdulillah..

 Da'ie muda~


Memang byk pengalaman bru yg menarik yg ana peroleh walaupun jadualny amat padat dan meletihkan...

Hari pertama dimulakan dgn taaruf dan ice breaking... cukup kelakar..kena buat mimik suara untuk watak bisu...sy kena jadi watak utama,,abis rosak sbb.....blurreedddd....hahahaha...padan muka....cakap entah apa2.....

Hari kdua bljr pula komunikasi dan cara nak handle usrah atau jadi da'ei......mlmny diisi dgn renungan perjuangan para Rasul dan Sahabat....amat penuh dgn penghayatan....terasa hati smkin rindu pada Rasulullah s.a.w......

Hari last,,dgr ceramahhhhhh je sapa tgh hari....(sapa lenguh tulang belakang)huhuhu...

lps pulang ke U smula...trus tido...hahaha......



Beginilah jadi semasa kuliah keesokan harinya......hehehe(^_^)


Renungkanlah ayat ni, "JIKA KAMU MENOLONG AGAMA ALLAH,MAKA ALLAH AKAN MENOLONG KAMU".

Yakinlah dan fikirlah......
Assalamualaikum..........

Sabtu, 1 Januari 2011

2011~ gudbye home and 2010



Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.....

Sudah tiba...Akhirnya 2010 melabuhkan tirai bersama cuti.....

Sesungguhnya amat byk yg dipelajari thn 2010......ada yg manis dan ada yang pahit~

Yang manisnya,,sy dapat byk sahabat baru xkira dari universiti mahupun di internet.... yg pling gembira adalah dapat berjumpa org yg byk mengajarku kemanisan beribadat dan membawa diriku kpd Allah...Alhamdulillah dapat berjumpa sahabat2 skalian......mmg mereka menjadi pendorong buatku....moga thn 2011 ini ku dpt lbh ramai shbt yg boleh mendekatku padaNya~amin....


Yang pahit tu...ermmm...raseny xperlu dceritakan......mgkin blh jadi masalah jika dikongsi.. (^_^)
biarkn ia menjadi penguat semangat buatku.....

tp mlm esok,,sy akan pulang smula ke Universiti Putra Malaysia...GOOD BYE HOME...
mungkin blog ni akan bersawang,,tp xtahulah atas kerajinan....ampun maaf (^_^)
moga pemergianku ini diberkati~
mgkin sem ini sy akan brubah,,,tp x thu thn lama mana...hehe...
Aku mohon diberi ketabahan...semangat Harimau Malaya..(mntang2 malaysia mng)

Ohh...sblum terlupa,,sempena msk 2011 ni,,,
sy mohon maaf ada salah silap di thn 2010 dan terima kasih jadi kawanku~
moga thun ni hubungan mnjadi lebih baik.....


Oklah...stakat ni saja....Harap dapat JUMPA LAGI.....Senyum,xperlu kata apa2~ :D

Khamis, 30 Disember 2010

Keutamaan ilmu

3 Januari 2011, bermulalah sem baru untuk perjuangan mencari ilmu.......

maka tamatlah sudah cuti sem yg menyeronokkan~huhuhu...

Perbaharuilah niat untuk mencari ilmu kerana Allah...

moga ia akan menjadi ibadat yg membawa byk berkat...

Sahabat2,Ahli Ilmu amat tinggi darjatny di sisi Allah S.W.T;


Rasulullah bersabda:

"Darjat manusia yang terdekat ialah orang yang ahli ilmu dan jihad.Ahli ilmu menunjukkan manusia kepada apa yang dibawa oleh para Rasul. Adapun ahli jihad mempertahankan apa yg dibawa oleh para Rasul dgn pedangnya"

Telah bersabda Rasulullah s.a.w:

"Kematian org sekampung lebih ringan dari kematian seorang yg alim"


Baginda bersabda lagi:

"Orang yg alim tidak akan kenyang ilmu sebelum sampai ke syurga"

Jadi, memang terbukti orang yg berilmu tinggi darjatnya....

Ingatlah,janganlah tergila-gila mencari harta sehingga meninggalkan pencarian ilmu;

Baginda s.a.w. bersabda:

"Kebinasaan umatku terletak pada dua hal;meninggalkan ilmu dan mengumpulkan harta"

Sabda Baginda s.a.w lagi:

"Kebinasaan ilmu ialah mereka-reka"



Ehem....maka jgnlah malas mencari ilmu ye Zul Ikhwan dan rakan-rakan.....jgn duk pikir ke duit je.........................walaupun memang kita x cukup duit untuk makan sedap2~
Satu lagi, jgnlah lupakan dunia jika x mahu dipandang serong oleh masyarakat~



 Rujukan dari terjemahan Karya Imam al-Ghazali 'MUKASHAFAH AL QULUB'....

Rabu, 22 Disember 2010

Pengalaman pertama..... :(

hmmm.....inilah pertama kali.....

Pertama kali sejak sy idup selama 18 thun....

tp itulah,,,pengalaman yg xbrp manis.......

tp nak buat camne, dah takdir....xleh nak elak...

dah cube nak elak tp xsmpat.........


Tp ni bkn salah sy....

beliau yg salah....xtgk kiri kanan....

suke hatiiiii je......

dah la gelap...

tp,,sbg nature lover,sy tetap rasa kecian kat beliau......

mmg sy xptt lalu jln tu..

mlm tu pon kuar sbb semata-mata nak beli lauk nak cuba buat tomyam...(smgt nak blajar,hehe)

saje sy nak elak lalu traffic light,jadi sy lalu jln blkg pasar yg gelap....

dalam penuh bhemah sy memandu,,tiba2 kelihatan 2 psg mata melintas tanpa apa2 signal..................

maka nak dpendekkan citer,,sy cube elak tp xsempat dan terlanggarlah beliau yg merupakan seekor 'KUCING'....



sy msh xtahu keadaan beliau sbb x bhenti krn trlalu gelap dan xsesuai untuk berenti....

tp akan sy cek esok.....minta2 msh idup.....doakan ye.... 

ngeee~ mmg mengyayatkan hati.......sob3....
 
apa nak jadi maka jadilah.....