Khamis, 30 Disember 2010

Keutamaan ilmu

3 Januari 2011, bermulalah sem baru untuk perjuangan mencari ilmu.......

maka tamatlah sudah cuti sem yg menyeronokkan~huhuhu...

Perbaharuilah niat untuk mencari ilmu kerana Allah...

moga ia akan menjadi ibadat yg membawa byk berkat...

Sahabat2,Ahli Ilmu amat tinggi darjatny di sisi Allah S.W.T;


Rasulullah bersabda:

"Darjat manusia yang terdekat ialah orang yang ahli ilmu dan jihad.Ahli ilmu menunjukkan manusia kepada apa yang dibawa oleh para Rasul. Adapun ahli jihad mempertahankan apa yg dibawa oleh para Rasul dgn pedangnya"

Telah bersabda Rasulullah s.a.w:

"Kematian org sekampung lebih ringan dari kematian seorang yg alim"


Baginda bersabda lagi:

"Orang yg alim tidak akan kenyang ilmu sebelum sampai ke syurga"

Jadi, memang terbukti orang yg berilmu tinggi darjatnya....

Ingatlah,janganlah tergila-gila mencari harta sehingga meninggalkan pencarian ilmu;

Baginda s.a.w. bersabda:

"Kebinasaan umatku terletak pada dua hal;meninggalkan ilmu dan mengumpulkan harta"

Sabda Baginda s.a.w lagi:

"Kebinasaan ilmu ialah mereka-reka"



Ehem....maka jgnlah malas mencari ilmu ye Zul Ikhwan dan rakan-rakan.....jgn duk pikir ke duit je.........................walaupun memang kita x cukup duit untuk makan sedap2~
Satu lagi, jgnlah lupakan dunia jika x mahu dipandang serong oleh masyarakat~



 Rujukan dari terjemahan Karya Imam al-Ghazali 'MUKASHAFAH AL QULUB'....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan