Khamis, 16 Disember 2010

Kualiti dan Kuantiti; Kisah Singa dan Khinzir.....




Al-kisah seekor khinzir bertemu dgn si singa di dalam hutan tropika yg mghijau x diusik...
Maka berdialoglah mereka,


Khinzir: Wahai Raja Hutan yg gagah perkasa, berapa bilangan anakmu??

Singa  : Ak hanya ada 3 ekor anak sahaja, x banyak pon....brp bilangan anakmu pula??

Khinzir:12 ekor sahaja...ni dah dikira xbanyak brbanding kawan-kawanku yg lain. Sudah kebiasaan bagi kami                              
           anak yg ramai..adakah kaummu singa biasa mempunyai anak yg sedikit??

Singa  : Ya, purata anak kami hanya 2 atau 3 ekor sahaja..

Khinzir: Bagaimana kamu survive dengan waris yg sedikit??

Singa  :Jangan bimbang.Kami penuh yakin akan survive walau dgn bilangan yg sedikit.
           Walaupun sedikit, kami ada kualiti yg tggi...






Pengajaran : Kualiti ummah lebih penting dari kuantiti... berbalik kpd Rasulullah; walaupun ketika itu ummah Islam sedikit,, tetapi dgn semangat juang dan keyakinan yg tggi kpd Allah membawa kepada perkembangan ummah Islam sehingga membentuk tamadun....




Imam Abu Dawud rahimahullah mriwayatkan drpd Thawban radiyallahu anh' bhw Rasulullah s.a.w. bersabda,yg brmaksud;


            Hampir tiba suatu masa bangsa2 dr seluruh dunia akan datang menggerumuni kamu bagaikan org2 yg hendak makan menggerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang shbt brtanya," apakah lantaran kami sedikit pada masa itu??"Rasulullah s.a.w. menjawab,"bahkan kamu pada masa itu byk skali ,tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh2 kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan."Seorang sahabat radiyallahu anh' brtanya, apakah wahan itu, wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w. menjawab,"cinta kepada dunia dan takut kepada mati"





   Jadi,pada pendapat saya, memang masyarakat Islam di dunia ini ramai, tetapi tidak berkualiti dan terdedah


kpd penyakit wahan ini.  Tambahan, kbnyakan negara Islam sendiri tidak menyokong negara Islam yg berani seperti Iran krn takut dituduh bersekongkol dlm program nuklearny.....fikirlah

2 ulasan: