“Dan janganlah kamu merasa lemah(dalam
perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu
berdukacita(terhadap apa yang menimpa kamu),padahal kamulah orang-orang yang
tertinggi(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang
yang(sungguh-sungguh) beriman.”(Ali ‘Imran: 139)
Cuba fahami
dulu cerita ini,
‘ aku mahu berubah!!! Monolog dalaman Mushaimi.’
BAB 1 OH JIKA AKU…
Satu susuk yang
sederhana tinggi berpakaian serba hitam mendahagakan motivasi menghadiri satu
program motivasi yang disampaikan oleh panel berpangkat Dato’ yang agak terkenal di muka
bumi Malaya.
“Perkara pertama yang perlu kita tanam dalam diri kita
adalah matlamat kena jelas! Dengan matlamat yang jelas, kita akan tahu ke mana
arah tuju kita. Buat rangka perancangan untuk jangka masa panjang dan jangka
masa pendek.” Pesan Dato’ Hazwan dengan penuh semangat
sehingga menusuk ke kalbu Mushaimi.
Mushaimi menunggang pulang ke Blok Ar-ruhul Jaddid
dengan tekad dan azam yang baru. Notanya yang tersimpan kemas di dalam laci
meja kayu dikeluarkan untuk mengapplikasi ilmu yang baru diperolehinya.
Macam-macam dirancang untuk dicapai menjelang tahun baru 2013 membentuk Mind
Map yang berlikar-likar. Rakannya sebiliknya, Muizzudin terpegun melihat
perubahan yang mendadak yang terjadi ke atas rakannya itu. “Wei, apasal ko
tiba-tiba rajin ni? Aku baru nak ajak gi lepak kat Mines” perli Muiz. Mushaimi
hanya mencebikkan bibirnya tidak mahu melayan. “Jom la gi Mines, nanti boleh
sambung keje ko tu malam nanti!” desak Muiz supaya Mushaimi menurutnya.
Mushaimi tewas dengan pujukan rakannya itu. “Ha’a
la…malam nanti xde apa-apa aktiviti,baik aku lepak dulu” Mushaimi bermonolog.
“Jom Mines!!”
“x rugi aku lepak sana tadi. Best gile. Hilang stress”
Fikir Mushaimi dalam perjalanan pulang ke Blok Ar-Ruhul Jaddid. Jam sudah
menunjukkan tepat pukul 2100. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi cengkerik
tanda menerima pesanan SMS. Mushaimi melihat kepada paparan skrin.’2 SMS belum
dibaca’.
‘MALAM INI JAM 10 ADA MUSYAWARAH PENTING DI PERPUSTAKAAN,
WAJIB HADIR TANPA GAGAL-Setiausaha Persatuan Mahasiswa Cakna.’
‘oit,,mananya poster yang ko kata nak antar ari
ni?-Bani.'
Tersentap Mushaimi. Stressnya kembali menguasai
otaknya. Keliru dirinya mahu membuat keputusan di antara mahu menghadiri musyawarah
atau meluangkan masa untuk diri sendiri. Tekanan membuatkan otaknya terasa
berat ditambah dengan hasutan hawa nafsu yang menginginkan hiburan. Akhirnya,
dirinya tewas dengan hawa nafsu. Maka, terlentanglah dia di atas tilam malas
memikir apa-apa lagi.
Akhirnya, hari ke hari, minggu ke minggu, berlalu
dengan tiada perubahan pada diri. Hidupnya berlalu dengan sekejap seronok
tetapi tidak sekejap pula stressnya…Fikirnya dalam diri, ‘siapa aku patut
salahkan?’……
SAMBUNG SENDIRI PENYUDAHANNYA…hoho
Kaitkan dengan situasi diri…ada persamaan
atau tidak?? BUAT KESIMPULAN SENDIRI~ J
“Daripada Ibnu Umar r.a. telah berkata:
Rasulullah s.a.w. telah memegang bahuku lalu bersabda: “Jadilah engkau di dunia
ini seperti orang asing atau yang melintas sebuah jalan”. Selanjutnya Ibnu Umar
sendiri pula berkata: “Bila engkau berada di petang hari, janganlah engkau
menanti sehingga pagi; dan bila engkau berada di pagi hari, janganlah engkau
menanti hingga datangnya petang. Manfaatkanlah waktu sihatmu untuk masa sakitmu
dan waktu hidupmu untuk bekal kematianmu.”